
|
to be continued..
Wednesday, May 22, 2013 @ 5:51 AM | 0 Comment [s]
'Ish menyampahlah...Malaslah..asyik-asyik aku..blah blah blah.."
Rungutan , tak pernah asing dari insan bergelar manusia , Ya , hati manusia sangat kompleks. Diciptakannya begitu senstif, begitu lunak dengan sesuatu yang dekat dengannya , begitu mudah terkesan tanpa ada sebarang deifinisi yang tepat untuk menjelaskan keunikan karektor organ bernama hati. Awal kedatanganku ke bumi mesir ini aku penuhkan dengan rungutan . Baik lisan , hati , mahupun perbuatan , Allahu..betapa lemahnya hati ini, cerminan jurang antaraku dengan sang pencipta . Takdir Dia , di asrama ,aku ditempatkan dalam kamar yang sering digunakan untuk solat dan makan berjemaah , walhal jarang sekali pintu bilikku di rumahku terbuka untuk insan-insan lain TakdirNya juga, aku diberikan teman-teman sebilik berbagai karakter , walhal aku sudah terbiasa sendirian dalam ruangan bergelar bilik. TakdirNya juga, ahli-ahli beitku riuh-rendah belaka , sehingga aku merasa tidak betah untuk menelaah disitu . Sehingga satu saat diri ini merasa lelah , resah dan gelisah . Pelajaran makin down , keyakinan diri makin down kesihatan makin down , tapi ajaibnya Dia takdirkan diri ini tidak homesick . Detik itu aku mula mengenal cintaNya..aku mula mendekatiNya..Aku mula merasakan cintaNya kepadaku.. Bagaimana ? Tak mungkin dapat aku coretkan . Antara hadiah teristimewanya untukku adalah sahabat-sahabatku . kerana mereka menghiasi hari-hariku dengan gelak tawa, kerana air mataku yang tidak lelah mereka seka, kerana katil dan almariku yang mereka kemaskan :p juga kerana sering menemaniku kehulu-kehilir , dan yang terpenting , kerana peringatan-peringatan mereka untukku . Acap kali hati ini merasa sakit , geram , benci #ehh bertali nasihat diaruskan kepadaku . Kadang-kadang dah macam murai tercabut ekor kita tengok. hewhewhew, juga kerana keberanian mereka menegur cacat-celaku. |
Meeeeeee :) Fifaaaa for short, Eighteeeeeeen Some people dream of great accomplishments, while others stay awake and do them
Navigations! Bolehbebelsini.HewHew,
|