
|
Jangan perasan
Sunday, January 17, 2016 @ 11:19 AM | 0 Comment [s]
Kadangkala memang rasa penat.
Rasa penat menahan perasaan marah, rasa penat memendam luka . Susahnya jadi manusia, susahnya hidup di dunia, tapi kalau 'saham' tak cukup barangkali susah lagi di neraka kelak. Naudzubillah. Hari ini kita rasa orang yang buat masalah kepada kita, barangkali hakikatnya ia berpunca daripada diri sendiri. Wahai manusia ! Jangan perasan bagus. Saya ulang, jangan sesekali perasan bagus. Eh ,Sejak bila pula aku perasan bagus ? Kawan, bila kau cerita segala macam kebaikan yang kau buat, dan dalam masa yang sama nampak orang lain seolah-olah kecil. Jaga kawan, boleh jadi yang kecil itu engkau, kecil. Boleh jadi yang tinggi dan besar darjatnya disisi Tuhan itu dia, kerana sabarnya dia melayan engkau. Boleh jadi harini kau masih punya kebolehan tapi esok lusa hilang semua, naudzubillah. Jaga-jaga kawan, jangan sampai makan diri. Aku faham diamnya dia kerana tidak mahu bergaduh.Bukan kau sahaja yang berjasa, malah dia juga ada baktinya. Jangan perasan, aku ulang, jangan perasan ! |
Meeeeeee :) Fifaaaa for short, Eighteeeeeeen Some people dream of great accomplishments, while others stay awake and do them
Navigations! Bolehbebelsini.HewHew,
|