The beginning of an end
Maka aku tutup kitab lama dengan Coretan yang berbunyi ; aku takkan menoleh ke belakang lagi.
Sekalipun rasa itu kurniaan Tuhan,
Namun tetap sahaja tidak boleh aku menghalalkan apa yang haram.
Aku diajarkan ianya tiada kelabu.
Yang telah termaktub dalam undang-undang Tuhan tentang fasal yang satu ini jikalau tidak hitam pastilah putih.
Maka kupilih membawa hati berlayar mencari kasih Yang Hakiki,
Kerana aku tahu baiknya Tuhan dan Dia pasti tidak akan mengguris jiwaku, hatiku sebagaimana yang telah engkau lakukan.
Maka kupilih juga cinta Illahi kerana hadirNya ikhlas, indah dan bisa membawaku terbang ke jannah sana.
Juga kerana engkau tidak mencoretkan kasih yang satu ini dalam kerangka hidupmu suatu ketika nanti,
maka ku pilih lepaskan.
Juga kerana engkau, terwujudnya satu luka sedalam laut Mediterranean sana, memaksaku berpura-pura gembira dalam duka.
Alangkah butanya aku!
Andai sahaja Al-Wadud itu kucari terlebih dahulu, pasti aku tidak akan menyakiti dan disakiti.
Ya Rabb, pemilik segala cinta,
Yang memulakan cinta,
Yang mengirimkan salam cinta dalam kalamNya ; Quranul Kareem,
Yang bicaraNya penuh cinta, diperlihatkan pada KekasihNya Nabi Ahmad
Terimalah hamba yang hina ini.
Malu rasanya untuk aku pulang kepada engkau dengan hati begini kotor,
Hati indah nian yang telah engkau persiapkan untukku suatu ketika dulu, hari ini telah aku cemari, lukai dengan kotornya jahiliyyahku.
Ampunkan aku Ya Ghaffur.
Kerana aku tiada kemampuan untuk hidup dalam murkaMu, juga merenangi lautan nerakaMu.
Izinkan aku mencoret kasihMu dalam lembaran harapan kitab baruku ini.
Bismillahirrahmanirahim...
Older Post | Newer Post